Rabu, 7 Mac 2012

Penggunaan Ialah dan Adalah

Saya mengajak pelajar - pelajar saya memikirkan dan mencari cara betul bagi penggunaan 'ialah' dan 'adalah' dalam kelas Bahasa Melayu mereka minggu lepas. Mereka ghairah membaca dari dalam talian dan juga mengemaskini blog mereka dengan cara- cara penggunaan ' ialah' dan 'adalah'. Saya juga mengajarkan mereka membuat komik dengan dialog yang bersangkutan dengan ialah dan adalah', saya menunjukkan mereka cara- cara membuat komik ini dan dalam 5 minit,komik strip ini terhasil...

Nah sekarang dengan mudah mereka dapat melihat dengan sekali pandang sahaja penggunakan ialah dan adalah dalam penulisan mereka.

3 ulasan:

  1. Saya dengan mudah dapat melihat salah penggunaan 'ialah' dan 'adalah' dalam komik ini. Melalui ini, saya dapat pelajari penggunaan 'ialah' dan 'adalah' dengan betul. Sekarang, saya sudah ingat penggunaannya yang betul. :D

    BalasPadam
  2. Saya dapat lihat salah penggunaan 'adalah' dan 'ialah' dalam komik ini.

    Ayat yang betul sebenarnya , "Ini semua ialah barang-barang penting, tak boleh tinggalkan di mana-mana. " dan 'Ini sebenarnya ialah wang gaji , ia adalah penting , kamu pula ialah pekerja biasa, jadi kamu tidak boleh tahu."

    Sekarang , saya tahu penggunaan 'adalah' dan 'ialah' yang betul.

    BalasPadam
  3. Kesalahan penggunaan 'ialah' dan 'adalah' amat menyerlah. Tetapi, saya pun sebenarnya tiada kurangnya. Saya hanya ingat yang 'ialah' digunakan sebelum kata nama dan 'adalah' digunakan sebelum perkataan yang bukan kata nama.

    BalasPadam