Saya memberitahu pelajar- pelajar saya agar mengulas atau komen tentang entri di blog- blog kawan- kawan mereka, namun mereka masih terkial- kial, terutama sekali pelajar Menengah 1. Saya jadi bingung, saya yang sah sudah tua ini masih boleh menggunakan teknologi, tetapi mereka yang muda belia ini macam slow sahaja saya lihat... saya rasa mereka bukan tidak tahu, tetapi berasa janggal dan kekok menggunakan komputer dengan seratus peratus bahasa Melayu. Mereka masih belum boleh melatih jari-jemari mereka menaip kekunci komputer mereka dalam bahasa Melayu. Namun saya tidak mahu mereka berputus asa, saya berjanji sekurang-kurangnya seminggu sekali mereka perlu mengemaskinikan blog dan memuatkannya dengan pelajaran BM mereka. Mari kita lihat bagaimana perkembangan mereka hari demi hari nanti.
Memang ramai di kalangan pelajar melayu sekarang tidak begitu mahir dalam kegunaan bahasa melayu secara online ataupun dalam penulisan dan perbualan.Saya pun seorang daripada pengguna bahasa melayu yang paling kaku.
BalasPadam