Dari dahulu lagi saya kerap menggunakan video dalam pengajaran BM saya. Pada tahun 2008, semasa saya diundang untuk berkongsi pengajaran saya dengan guru- guru di Singapura semasa Seminar guru BM di Berita Harian, saya terangkan mengapa saya gunakan video dalam pengajaran. Ini disambut baik oleh para guru yang hadir dan mereka semua mulalah bervideo untuk pengajaran mereka juga.
Sebenarnya video memudahkan pengajaran kita. Bahan video menjadi permulaan pengajaran bahasa yang baik. Maka dengan itu saya menggalak pengunnaanya dalam pengajaran bahasa. Untuk tugasan minggu ini, saya mengajak anak didik saya dari kelas 1HML berkongsi video kegemaran mereka dalam blog masing- masing dan menjelaskan mengapa mereka gemarkan video itu. Saya lihat semuanya sudah fasih dan mahir dengan YouTube dan penerangan mereka jelas menunjukkan bahawa video yang mereka gemari amat menarik. Sila lihat di senarai kanan blog ini tentang blog- blog pelajar BM 1 HML.

Bagi saya, video di bawah ini merupakan salah satu video yang paling saya gemari. Ini kerana, ia menunjukkan betapa bahasa itu penting, kita tidak boleh ' assume' sahaja dengan rima dan nada sesuatu bahasa itu tanpa mengerti maknanya. Saya gunakan video ini untuk tutorial Terjemahan saya di Unisim dan pelajar- pelajar di situ semuanya tidak kering gusi dibuatnya. Cuba hayati video ini.
Inilah dia apabila kita melihat sesuatu bahasa itu secara mata kasar, tanpa mengetahui isinya sebenar.
haha video awak sangat kelakar. Saya suka..
BalasPadamVideo ini sangat lucu dan menghiburkan. Ia juga menunjukkan beberapa pengajaran seperti kejujuran dan kepentingan bahasa dalam dunia ini. Saya suka menonton video ini.
BalasPadamVideo ini sangat menghiburkan dan mengajar kami bahawa jikalau kita meniru gaya seseorang asing bertutur dalam bahasanya sendiri, tentunya ia akan kelihatan seperti biadap dan tidak tepat kerana kita tidak memahami bahasa orang asing itu. Seperti P.Ramlee pernah berkata, "Bahasa menunjukkan bangsa."
BalasPadamLink kepada blog saya ialah : www.nadiahisamelayu.blogspot.com
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamVideo ini amat lucu tetapi pada masa yang sama, ia juga agak biadap. Wanita dalam video ini mempersenakan bahasa-bahasa orang lain. Dia cuba meniru cara percakapan pelbagai bangsa yang hadir di situ. Pada pendapat saya, ini tidak seharusnya berlaku kerana ia boleh menyinggung hati orang lain. Ia juga boleh mempamerkan anda sebagai seseorang yang tidak menghormati bangsa-bangsa yang lain.
PadamNurulhuda 302
Video ini amat menghiburkan. Ia juga menunjukkan tanggapan pertama orang lain apabila mendengar bahasa yang berbeza. Namun, saya juga rasa bahawa wanita di dalam video ini amat biadap untuk meniru loghat orang-orang yang menghadiri mesyuarat itu. Kelakuan wanita itu mungkin boleh menyinggung perasaan orang lain. Ini menunjukkan kepentingan menghormati orang lain walaupun mereka menggunakan bahasa yang berbeza daripada kita.
BalasPadam