Selasa, 15 Januari 2013

Tahun Baharu dan Pelajar Baharu

Untuk tahun 2013 ini saya akan mengajar kelas-kelas berikut - 1HML, 3HML, 5NA dan 2NT. 12 orang pelajar ini akan mengambil peperiksaan kertas O pada bulan Jun ini, dan yang lain di peringkat rendah. Saya berharap mereka akan bersiap sedia agar tidak gamam dan gerih pada bulan Jun ini.

Pelajar rendah lain pula, saya berharap akan menunjukkan minat mempelajari Bahasa Ibunda kita iaitu Bahasa Melayu.

Hari ini saya mengajak pelajar- pelajar menengah 1 HML untuk membuat blog Bahasa Melayu mereka, berbanding dengan pelajar tahun lepas, pelajar tahun ini nampaknya lebih serius dan lebih cemerlang bahasa Melayu mereka, ini tanggapan awal saya sahaja, belum tahu kebolehan sebenarlahkan, baru seminggu saya bertemu mereka. Cuma satu sahaja yang saya harapkan daripada semua pelajar saya, iaitu, untuk memberikan yang terbaik untuk pembelajaran BM mereka. Semoga kita sama- sama mencapai kejayaan yang sepenuhnya bersama, inshallah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan