Semalam saya membawa lima belas pelajar menengah satu untuk berblog dalam bahasa Melayu. Alangkah penatnya saya mengulang- ulang arahan supaya mereka memulakan blog Bahasa Melayu namun setelah dua hari mereka masih terkial - kial dan masih belum tahu selok - belok berblog. Apakah matlamat saya mengajak mereka berblog, selain mengikut kehendak buku teks, saya rasa blog banyak manfaatnya. Objektif utama saya ialah :
1. agar pelajar boleh berasa bahawa BM boleh digunakan dalam alam maya 2. agar pelajar melatih diri menggunakan BM
3. agar pelajar dapat merekod atau merakamkan pembelajaran BM mereka dari menengah 1 hingga menengah 4.
4. agar pelajar berkeyakinan menulis dan berfikir dalam BM
5. agar pelajar tahu menggunakan BM sebaik- sebaiknya
6. agar pelajar membiasakan diri merakam fikiran, idea dan perasaan.
Nah, dengan ini, tidak dapat disangkal pembelajaran BM ini kelihatan seperti main- mainan sahaja, namun sebenarnya, ia betul- betul mendekatkan hari pelajar kepada nadi pembelejaran bahasa yang baik dan berkesan. Inshallah hasilnya akan dapat dikecapi dalam masa yang singkat sekali...
Wah! Saya tidak tahu Za'Ba menulis kamus yang pertama! Saya rasa bahawa Steve Jobs adalah seorang pendita kearana kami tidak akan mempunyai komputer Macintosh atau iPhone kegemaran kami.
BalasPadamTerima kasih Puan Ida kerana cuba meningkatkan bahasa melayu kita :D
BalasPadamTerima kasih :D
BalasPadamBerblog adalah suatu cara yang interaktif untuk melatih kegunaan bahasa melayu yang baik di kalangan pelajar. Terima kasih atas idea yang kreatif ini. :)
BalasPadamWalaupun saya tidak biasa berblog, saya akan cuba sedaya upaya untuk manjadi cemerlang!
BalasPadam