Khamis, 16 Februari 2012

Mengapa Saya Pilih Nama Blog ini

Apakah maksudnya Pendita? Menurut Kamus Dewan edisi keempat, pendeta itu maksud pertamanya -merupakan seorang yang berintelek tinggi atau seorang ulama keagamaan Kristian atau Hindu. Saya memilih maksud pertama bahawa seseorang itu perlu berintelek tinggi sebelum dia boleh digelar pendita.

Sebenarnya ramai orang tidak menyangka mereka kadang- kadang melakukan aktiviti serta kelakuan hampir serupa dengan seorang pendita. Pendita itu seorang yang senantiasa suka berfikir, dan dengan berfikir melahirkan idea yang cemerlang dan mungkin membawa manfaat kepada orang lainnya. Pendita itu rajin meluahkan isi hati dan tidak pula jemu mendekati ilmu. Pendita itu seorang yang kaya dengan pengetahuan, pengajaran dan ilmu yang mendalam. Namun adakah cukup dengan ilmu pengetahuan dan kelulusan yang tinggi mencakar langit itu menjadikan seseorang itu seorang pendeita? Adakah sebarang sifat serta sikap lain yang boleh menjadikan seseorang itu seorang yang bergelar Pendita? Jadi saya ingin bertanya, sebenarnya, bilakah seorang itu digelar Pendita, bagaimana beliau boleh dikatakan pendita, dan apakah kita sendiri boleh menjadi seorang pendita? Cubalah kita renungkan bersama.

 Penditakah Socrates?

Penditakah Za'ba ?

Penditakah Steve Jobs?

12 ulasan:

  1. Ohh cikgu hendak jadi seoranh penditah eh. Bergurau sahaja.

    BalasPadam
  2. Adakah Puan Ida seorang penditakah juga,seperti steve jobs dan lain-lain?

    BalasPadam
  3. Wah! Jadi, pendita itu adalah seseorang yang berguna dalam dunia dan disayangi oleh ramai?

    BalasPadam
  4. Terima kasih cikgu. Saya dapat faham maksud perkataan tersebut. Saya pasti bahawa semua orang boleh manjadi pendita jika mereka mahu.

    BalasPadam
  5. Jika kami mahu menjadi seorang pendita, kami harus mencuba sedaya upaya untuk mendapat apa sahaja yang kita mahui.

    BalasPadam
  6. Saya rasa latar belakang blog cikgu cantik!

    BalasPadam
  7. Wah! Saya tidak tahu Za'Ba menulis kamus yang pertama! Saya rasa bahawa Steve Jobs adalah seorang pendita kearana kami tidak akan mempunyai komputer Macintosh atau iPhone kegemaran kami.

    BalasPadam
  8. Wahhh... jadi cikgu hendak menjadi seorand penditakah ? haha semoga berjaya :D

    BalasPadam
  9. Cikgu. Terima kasih tentang makna 'PENDITA' itu. kbye

    BalasPadam
  10. Saya agak kurang pasti dengan jawapan saya. Namun, pada pendapat saya, seseorang itu boleh digelar pendita apabila beliau sungguh yakin dengan kemahirannya, bukan sahaja berjaya dalam bidang tertentu, dan selalu memperbaiki lagi diri mereka.

    BalasPadam
  11. WAHHHHH ! Cikgu , not bad seyh ... Selepas saya membaca blog Cikgu ini , saya bermotivasi untuk yakin dengan diri sendiri dan memaju ke hadapan =D

    BalasPadam
  12. Saya harap saya akan dapat melihat Cikgu seperti pendita apabila saya sudah besar nanti!

    BalasPadam